Tuesday, July 6, 2010

SeLseMA

Cakap pasal selsema.. uish.. seksa betul bila dah kena. Tambah2 bila duduk dkt tempat ada aircond. Lagi lah tangkap leleh.. Hehehe... Minggu ibu dah kena selsema.. Tp alhamdulillah tak lama.. 2-3 hari jer. MC jugak ler 1 hari. Tak tahan wooo duk depan aircond.. Nak ckp ngan customer pun soksek soksek... Sib baik kena selsema tu dah dkt hujung mggu. at least blh gak rehat kat rmh. Nak ambik MC lama2 cam tak syok jer. Pekerja yang baik lah katakan. Syok sendiri. Huhuhu...
Tapi tu selsema ibu. Yang ni Afif pulak. Dah lama ibu tengok selsema Afif tak pernahnya baik. Asal mlm jer tersumbat hidung lah.. tak boleh tidur lah. Kesian ibu tengok Afif. Kita ni dah tau berapa seksanya selsema nih. Apa lagi kena kat anak kita plak. Dah mcm2 ubat Afif makan. Tp tak jugak baik. Camane ek? Dulu mkn Agel.. boleh lah tahan sikit. Pastu lama dah berenti.. ok jer lepas tu. Skrg dia datang balik. Abah dia bagi jugak makan pil susu kambing HR. Nmpk ok sekejap. Tp smlm dia tak boleh tidur pulak. Pukul 3 pagi bangun... Soksek..soksek.. Kesian pulak anak ibu. Ibu dah buntu.. Mlm ni nak bwk Afif pi jumpa specialist plak. Nak tgk apa kata dia.. Harap2 dapat lah bantu Afif ni..

Monday, May 10, 2010

Gusi Afif bengkak.. sakit gigi lah tu..

Semalam anak ibu yg sulung merengek tgh mlm.. tanya kenapa tak dijawabnyer. Susah hati jugak ibu kalau anak menangis tak tau sebab. Last2 dia kata tersumbat hidung.. selsema... Aii.. Come again.. Rasanya dah lama tak jd camtu sejak makan AGEL. Tp stok dah habis, tu yg tak mkn2..
Tp pagi td ibu perasan pipi belah kiri Afif bengkak.. Aik.. Risau dah. Tanya dia sakit gigi ker? Dia kata tak. Tp rasanya punca dr gigi gak.. Gigi rongak.. Terus bwk pi klinik gigi. Check punyer check mmg sah sebab gigi berlubang. Nak cabut DR x sampai hati lagi.. Last2 DR just bg ubat tahan sakit & antibiotik. Tp DR pesan, kalau sakit berulang kena pi hospital lah.. Cabut kat sana sbb dia akan tidurkan dulu budak, pastu baru cabut. Kalau tak wat camtu, mahunya budak tu melompat lari. Org tak biasa cabut gigi.. Lagipun baru umur 5 tahun, x sampai hati lak nak cabut. Sakit gigi ni Tuhan saja yg tahu.. Ibu selalu jugak sakit gigi. Memang tau sgt la perasaan org sakit gigi ni. Tambah2 anak ibu yg kena.. Uishh.. kesian tul..
Apa punca sebenar ek gigi budak cepat rongak? Yg ibu ader bincang ngan DR td, salah satunya benda manis laa... satu lagi kalau budak hisap botol susu sehingga tertidur.. yg tu memang oleh buat gigi cpt rongak. Dulu Afif selalu camtu.. nak cabut mesti menangis. Last2 tggu sampai lena betul baru leh cabut botol. Sib baik Alisha tak camtu.. Hrp2 ibu leh control gigi Alisha supaya tak jd cam Abg Afif..
Satu lagi punca, ibu baru baca dlm Berita Harian Ahad lepas.. iaitu gejala rhinitis. Gejala rhinitis ni adalah masalah radang pada laluan pernafasan yg lazimnya dikaitkan dgn hingus dan kegatalan di hidung ataupun mata. Lebih kurang resdung la kot.. Di kalangan kanak2, apabila hidung tersumbat mereka akan bernafas melalui mulut dan tu akan meyebabkan air liur yg mengandungi enzim akan kering. Tu yg menyebabkan kuman mudah membiak dlm mulut dan gigi mudah reput.. Ia tiada kaitan langsung dgn tabiat gosok gigi.. Haa... bila terbaca psl rencana tu baru ibu terfikir Afif ada serba sikit tanda2 tu.. Nmpk gaya kena pi check kat DR ni. Baru leh tahu tul ke idak.. Tak leh ambik remeh sbb kalau dibiarkan, alahan rhinitis ni mgkn leh jd mslh lbh teruk spt sinusitis atau jugak ketumbuhan dlm rongga hidung... Bahaya tu.... Nauzubillah....

Tuesday, April 6, 2010

Alisha dah setahun..


Akhir bulan lepas, 26 & 27 Mac 2010, ibu & Alisha sambut birthday bersama... Dah setahun rupanya anak dara ibu yg sorang nih. Makin aktif tp lom boleh berjalan lagi.... Berdiri sekejap2 boleh lah. Tp semalam Alisha dah cuba utk menatih (tul ke idak bahasanya). Ader usaha nmpk nyer anak ibu nih. Takpe..slow2. Yg tak laratnya dia sekarang merangkak makin laju. Tmpat yg selalu ditujunyer tangga.. Rumah tok abah nyer ader tangga.. tu yg ibu tak larat nak kejar. Gigi dah banyak keluar. Asyik menggigit ibu jer.. Hbs lebam2 bdn ibu. Alisha memang rapat ngan ibu. Tak boleh berenggang kalau ibu ader kat rumah. Babtu yg jd mangsa gigitan Alisha ialah ibu... Ish ish... Abah tak pulak dia gigit.
Sekarang ibu dah mula ajar Alisha gosok gigi. Tp gosok kosong jelah.. tanpa ubat gigi. Tanya dentist, dia kata kalau nak bagi ubat gigi pd anak, biar diaorg pandai berkumur dulu. Kalau tak jgn bagi lagi...
Ramai kata Alisha ni besar.. tak mcm budak umur setahun.. Ye ker..?? Hari tu masa pi klinik utk injection setahun, timbang berat Alisha baru 8.7kg. Tp Alisha tinggi.. Panjang.... Babtu org nmpk besar. Ikut ibu & abah dia la tuh.. Apa2 pun fizikal Alisha, ibu doakan agar Alisha sihat & membesar dengan sempurna. Semoga jadi anak yang solehah yer. Amin.

PruBSN Impian... Tinggi melangit..



Alhamdulillah.. Akhirnya polisi anak2 ibu dah lulus. Lepas ni ibu kena sentiasa disiplin lah untuk bayar caruman every month. Bila dah terikat macam ni mudah lah sikit utk ibu buat saving. Kalau nak harap every month pergi bank masuk akaun belum tentu lagi.. Hehehe... Ibu ni dah lah jenis yg malas nak ke bank. Kalau boleh semua nak online jer.

PruBSN Impian ni ibu ambik direct dgn staf BSN.. Bukan melalui ejen. Kalau melalui ejen, nama dia lain sikit Takafulink Cerdik dan plan tu ader medical card. Mulanya ibu berkira2 jugak nak ambik PruBSN Impian atau Takafulink Cerdik. Ibu dapatkan quotation untuk kedua2 plan. Buat perbandingan.. Pening gak bila fikir kelebihan masing2. Bila ingat kembali yang ibu nak ambik insurans pendidikan semata-mata untuk saving.. ibu pun decide ambik PruBSN Impian tanpa medical card sebagaimana yg ada dlm plan Takafulink Cerdik. Medical card tu satu kelebihan lah utk kita incase apa2 berlaku mcm kena operation ker atau sakit2 yg kritikal yg perlukan kos rawatan yg tinggi.. Sakit ni kita tak tau bila2.. Tp pada ibu, selagi ibu & abah ader, kalau apa2 berlaku atas anak2 ibu insya allah kami boleh usahakan (tp mintak jauh lah dr perkara2 macam ni..). Yg penting saving utk anak2 ibu.. Semoga impian ibu untuk tengok anak2 ibu berjaya diberkati Tuhan.. Amin...

Sunday, March 21, 2010

Utk anak2...



Hai.. lama tul tak post apa2 kat blog ni. Tak aktif langsung..


Nak citer apa ek..? Pasal anak2? Ok gak.. Anak2 tgh membesar, mcm2 kerenah la..


Seronok ada anak nih (bg yg belum kawin cepat2 ler..) huhuhu.. Tanggungjawab of course ler bertambah. Tp itukan amanah Allah pd kita. Nak didik anak utk jd manusia berguna bukan senang. Kita rasa dah cuba yang terbaik, tp akan datang kita belum tahu.. Tu lah yg selalu bermain di fikiran. Tambah2 tgk keadaan anak2 muda sekarang. Ish.. takut pulak pikir. Nauzubillah lah.. Moga2 Tuhan lindungi keluarga kita dr perkara2 yang tak diingin. Dan mohon Allah bagi petunjuk utk didik anak utk jd manusia yang berguna. Amin...


Selain bagi didikan agama, perancangan kewangan jugak perlu. Yer lah, zaman sekarang serba serbi nak pakai duit. Tu zaman sekarang. Akan datang? Mungkin lebih dari itu.


Setakat ni ibu dah bukak saving account utk anak2 ibu. Sambil2 tu ibu pun ader ambik insurans pendidikan utk anak2 ibu.. Setakat yang ibu mampu buat masa ni. At least ader jugak ler saving utk anak2 ibu. Bila dah jadi ibu nih, apa yang selalu kita pikir mesti anak2.. Mgkn macam tu jugak lah yg berlaku kepada ibu kita kan?! Fikir2 kanlah..