Monday, May 10, 2010

Gusi Afif bengkak.. sakit gigi lah tu..

Semalam anak ibu yg sulung merengek tgh mlm.. tanya kenapa tak dijawabnyer. Susah hati jugak ibu kalau anak menangis tak tau sebab. Last2 dia kata tersumbat hidung.. selsema... Aii.. Come again.. Rasanya dah lama tak jd camtu sejak makan AGEL. Tp stok dah habis, tu yg tak mkn2..
Tp pagi td ibu perasan pipi belah kiri Afif bengkak.. Aik.. Risau dah. Tanya dia sakit gigi ker? Dia kata tak. Tp rasanya punca dr gigi gak.. Gigi rongak.. Terus bwk pi klinik gigi. Check punyer check mmg sah sebab gigi berlubang. Nak cabut DR x sampai hati lagi.. Last2 DR just bg ubat tahan sakit & antibiotik. Tp DR pesan, kalau sakit berulang kena pi hospital lah.. Cabut kat sana sbb dia akan tidurkan dulu budak, pastu baru cabut. Kalau tak wat camtu, mahunya budak tu melompat lari. Org tak biasa cabut gigi.. Lagipun baru umur 5 tahun, x sampai hati lak nak cabut. Sakit gigi ni Tuhan saja yg tahu.. Ibu selalu jugak sakit gigi. Memang tau sgt la perasaan org sakit gigi ni. Tambah2 anak ibu yg kena.. Uishh.. kesian tul..
Apa punca sebenar ek gigi budak cepat rongak? Yg ibu ader bincang ngan DR td, salah satunya benda manis laa... satu lagi kalau budak hisap botol susu sehingga tertidur.. yg tu memang oleh buat gigi cpt rongak. Dulu Afif selalu camtu.. nak cabut mesti menangis. Last2 tggu sampai lena betul baru leh cabut botol. Sib baik Alisha tak camtu.. Hrp2 ibu leh control gigi Alisha supaya tak jd cam Abg Afif..
Satu lagi punca, ibu baru baca dlm Berita Harian Ahad lepas.. iaitu gejala rhinitis. Gejala rhinitis ni adalah masalah radang pada laluan pernafasan yg lazimnya dikaitkan dgn hingus dan kegatalan di hidung ataupun mata. Lebih kurang resdung la kot.. Di kalangan kanak2, apabila hidung tersumbat mereka akan bernafas melalui mulut dan tu akan meyebabkan air liur yg mengandungi enzim akan kering. Tu yg menyebabkan kuman mudah membiak dlm mulut dan gigi mudah reput.. Ia tiada kaitan langsung dgn tabiat gosok gigi.. Haa... bila terbaca psl rencana tu baru ibu terfikir Afif ada serba sikit tanda2 tu.. Nmpk gaya kena pi check kat DR ni. Baru leh tahu tul ke idak.. Tak leh ambik remeh sbb kalau dibiarkan, alahan rhinitis ni mgkn leh jd mslh lbh teruk spt sinusitis atau jugak ketumbuhan dlm rongga hidung... Bahaya tu.... Nauzubillah....

1 comment:

  1. sian plak afif sakit gigi ke..dekat kemaman ade satu klinik gigi tu ok sgt untuk budak2..ramai yg pegi kata mmg friendly sgt doc tu..klinik sharifah..sebelum pintu gerbang kemaman

    ReplyDelete