Hai.. lama tul tak post apa2 kat blog ni. Tak aktif langsung..
Nak citer apa ek..? Pasal anak2? Ok gak.. Anak2 tgh membesar, mcm2 kerenah la..
Seronok ada anak nih (bg yg belum kawin cepat2 ler..) huhuhu.. Tanggungjawab of course ler bertambah. Tp itukan amanah Allah pd kita. Nak didik anak utk jd manusia berguna bukan senang. Kita rasa dah cuba yang terbaik, tp akan datang kita belum tahu.. Tu lah yg selalu bermain di fikiran. Tambah2 tgk keadaan anak2 muda sekarang. Ish.. takut pulak pikir. Nauzubillah lah.. Moga2 Tuhan lindungi keluarga kita dr perkara2 yang tak diingin. Dan mohon Allah bagi petunjuk utk didik anak utk jd manusia yang berguna. Amin...
Selain bagi didikan agama, perancangan kewangan jugak perlu. Yer lah, zaman sekarang serba serbi nak pakai duit. Tu zaman sekarang. Akan datang? Mungkin lebih dari itu.
Setakat ni ibu dah bukak saving account utk anak2 ibu. Sambil2 tu ibu pun ader ambik insurans pendidikan utk anak2 ibu.. Setakat yang ibu mampu buat masa ni. At least ader jugak ler saving utk anak2 ibu. Bila dah jadi ibu nih, apa yang selalu kita pikir mesti anak2.. Mgkn macam tu jugak lah yg berlaku kepada ibu kita kan?! Fikir2 kanlah..
No comments:
Post a Comment