Teratak Ibu
Tuesday, August 9, 2011
Kongsi Resepi
Sekarang ni dah bulan Ramadhan. Cakap pasal puasa memang tak lepas dari cakap pasal makanan. Hahaha... dugaan...
Hari ni rasa-rasa cam nak kongsi resepi sikit. Desert simple2 utk berbuka.. Resepi dari abah (tok abah anak2 ibu).. jgn tak caya
Semalam abah ada buat Pindan Tapai Ubi.. Sodap pulak makan. Kalau bulan puasa inilah favourite abah ibu.. Nak buatnye senang ajer.
Bahan:
2 plastik tapai ubi (biasa pasar Ramadhan ada jual siap dlm plastik)
Santan (1/4 biji kelapa)
2 sudu besar gula (agak2 lah.. nak manis @ tak)
Sedikit garam
1 helai daun pandan
Cara-caranya:
Masak santan dahulu atas api sederhana. Kemudian masukkan gula & garam. Bila santan nampak sedikit mendidih, masukkan tapai. Last sekali masukkan daun pandan (untuk wangi jer). Agak2 tapai dah nampak sebati ngan santan, bolehlah tutup api tu. Pindan tapai ubi sedia dihidang panas atau pun sejuk. Cubalah..
Selamat berbuka puasa..
Tuesday, July 6, 2010
SeLseMA
Tapi tu selsema ibu. Yang ni Afif pulak. Dah lama ibu tengok selsema Afif tak pernahnya baik. Asal mlm jer tersumbat hidung lah.. tak boleh tidur lah. Kesian ibu tengok Afif. Kita ni dah tau berapa seksanya selsema nih. Apa lagi kena kat anak kita plak. Dah mcm2 ubat Afif makan. Tp tak jugak baik. Camane ek? Dulu mkn Agel.. boleh lah tahan sikit. Pastu lama dah berenti.. ok jer lepas tu. Skrg dia datang balik. Abah dia bagi jugak makan pil susu kambing HR. Nmpk ok sekejap. Tp smlm dia tak boleh tidur pulak. Pukul 3 pagi bangun... Soksek..soksek.. Kesian pulak anak ibu. Ibu dah buntu.. Mlm ni nak bwk Afif pi jumpa specialist plak. Nak tgk apa kata dia.. Harap2 dapat lah bantu Afif ni..
Monday, May 10, 2010
Gusi Afif bengkak.. sakit gigi lah tu..
Tp pagi td ibu perasan pipi belah kiri Afif bengkak.. Aik.. Risau dah. Tanya dia sakit gigi ker? Dia kata tak. Tp rasanya punca dr gigi gak.. Gigi rongak.. Terus bwk pi klinik gigi. Check punyer check mmg sah sebab gigi berlubang. Nak cabut DR x sampai hati lagi.. Last2 DR just bg ubat tahan sakit & antibiotik. Tp DR pesan, kalau sakit berulang kena pi hospital lah.. Cabut kat sana sbb dia akan tidurkan dulu budak, pastu baru cabut. Kalau tak wat camtu, mahunya budak tu melompat lari. Org tak biasa cabut gigi.. Lagipun baru umur 5 tahun, x sampai hati lak nak cabut. Sakit gigi ni Tuhan saja yg tahu.. Ibu selalu jugak sakit gigi. Memang tau sgt la perasaan org sakit gigi ni. Tambah2 anak ibu yg kena.. Uishh.. kesian tul..
Apa punca sebenar ek gigi budak cepat rongak? Yg ibu ader bincang ngan DR td, salah satunya benda manis laa... satu lagi kalau budak hisap botol susu sehingga tertidur.. yg tu memang oleh buat gigi cpt rongak. Dulu Afif selalu camtu.. nak cabut mesti menangis. Last2 tggu sampai lena betul baru leh cabut botol. Sib baik Alisha tak camtu.. Hrp2 ibu leh control gigi Alisha supaya tak jd cam Abg Afif..
Satu lagi punca, ibu baru baca dlm Berita Harian Ahad lepas.. iaitu gejala rhinitis. Gejala rhinitis ni adalah masalah radang pada laluan pernafasan yg lazimnya dikaitkan dgn hingus dan kegatalan di hidung ataupun mata. Lebih kurang resdung la kot.. Di kalangan kanak2, apabila hidung tersumbat mereka akan bernafas melalui mulut dan tu akan meyebabkan air liur yg mengandungi enzim akan kering. Tu yg menyebabkan kuman mudah membiak dlm mulut dan gigi mudah reput.. Ia tiada kaitan langsung dgn tabiat gosok gigi.. Haa... bila terbaca psl rencana tu baru ibu terfikir Afif ada serba sikit tanda2 tu.. Nmpk gaya kena pi check kat DR ni. Baru leh tahu tul ke idak.. Tak leh ambik remeh sbb kalau dibiarkan, alahan rhinitis ni mgkn leh jd mslh lbh teruk spt sinusitis atau jugak ketumbuhan dlm rongga hidung... Bahaya tu.... Nauzubillah....
Tuesday, April 6, 2010
Alisha dah setahun..
PruBSN Impian... Tinggi melangit..
Alhamdulillah.. Akhirnya polisi anak2 ibu dah lulus. Lepas ni ibu kena sentiasa disiplin lah untuk bayar caruman every month. Bila dah terikat macam ni mudah lah sikit utk ibu buat saving. Kalau nak harap every month pergi bank masuk akaun belum tentu lagi.. Hehehe... Ibu ni dah lah jenis yg malas nak ke bank. Kalau boleh semua nak online jer.
PruBSN Impian ni ibu ambik direct dgn staf BSN.. Bukan melalui ejen. Kalau melalui ejen, nama dia lain sikit Takafulink Cerdik dan plan tu ader medical card. Mulanya ibu berkira2 jugak nak ambik PruBSN Impian atau Takafulink Cerdik. Ibu dapatkan quotation untuk kedua2 plan. Buat perbandingan.. Pening gak bila fikir kelebihan masing2. Bila ingat kembali yang ibu nak ambik insurans pendidikan semata-mata untuk saving.. ibu pun decide ambik PruBSN Impian tanpa medical card sebagaimana yg ada dlm plan Takafulink Cerdik. Medical card tu satu kelebihan lah utk kita incase apa2 berlaku mcm kena operation ker atau sakit2 yg kritikal yg perlukan kos rawatan yg tinggi.. Sakit ni kita tak tau bila2.. Tp pada ibu, selagi ibu & abah ader, kalau apa2 berlaku atas anak2 ibu insya allah kami boleh usahakan (tp mintak jauh lah dr perkara2 macam ni..). Yg penting saving utk anak2 ibu.. Semoga impian ibu untuk tengok anak2 ibu berjaya diberkati Tuhan.. Amin...